Kerjasama Awal Achik_&_Nana

Ketika masih bersekolah menengah, Achik dan Nana sering bergandingan dalam persembahan duet di majlis kenduri kahwin dan pertandingan karaoke sekitar Negeri Sembilan. Namun mereka tidak pernah merancang untuk ke dunia rakaman sebagai penyanyi duo sebaliknya masing-masing mengejar karier muzik sendiri. Duo ini kembali terbentuk pada tahun 2000 Achik yang juga vokalis kumpulan Spin mengundang Nana yang ketika itu sedang memajukan karier muziknya secara solo. Mereka bergandingan dalam lagu Gurauan Berkasih ciptaan Patrik Kamis. Seterusnya sebagai balas, Nana mengundang Achik untuk berduet sebuah lagu dalam album keduanya Luahan Hati Kekasih menerusi lagu Restu. Ekoran sambutan positif mereka berduet dalam dua buah lagi lagu iaitu Memori Berkasih dan Resepi Berkasih yang dimuatkan dalam album kumpulan Spin.